Isnin, 30 Ogos 2010

GGGE 1253-Isu Teknologi Pendidikan di kalangan guru Pendidikan Islam

Assalamualaikum WBT....

Kepentingan IT tidak dapat di sangkal lagi dalam sistem pendidikan seluruh dunia hari ini. Oleh itu, penggunaannya dapat menjelaskan mesej yang ingin di sampaikan serta memberi keyakinan yang tinggi kepada guru dan murid serta mengekalkan minat murid untuk belajar Pendidikan Islam di sekolah.

Sila kemukakan 5 saranan bagaimana guru PIPAQ dan PIBA boleh menggunakan ICT bagi meningkatkan tahap kefahaman dan menjadikan P&P Pendidikan Islam lebih menarik perhatian pelajar.

# Sila tulis nama anda beserta nombor matrik.....

11 ulasan:

FARHI PAUZI berkata...

5 saranan bagaimana guru PIPAQ dan PIBA boleh menggunakan ICT bagi meningkatkan tahap kefahaman dan menjadikan P&P Pendidikan Islam lebih menarik perhatian pelajar:

Kepentingan bidang IT dalam dunia pendidikan memang tidak dapat dinafikan lagi. Dengan menggunakan IT, para pelajar dapat memahami sesuatu pembelajaran dengan lebih jelas lagi. Justeru,antara saranan kepada guru Pendidikan Islam bagi meningkatkan tahap kefahaman pelajar adalah dengan:

1)Menayangkan video2 yang mempunyai kaitan dengan pembelajaran pada hari tersebut. Contohnya,video berkaitan dengan menghargai jasa orang tua.

2)Melibatkan para pelajar untuk terlibat dengan lakonan untuk Tajuk yang berkaitan akhlak Islamiah. Seterusnya, merakam dan menayangkan kembali hasil lakonan mereka kepada kelas agar semua dapat mengambil iktibar.

3)Menggalakkan pelajar untuk mencari bahan melalui internet tentang tajuk pembelajaran akan datang. Oleh itu, pengetahuan tambahan dapat dijana oleh pelajar.

4)Menggalakkan pelajar menyiapkan p.point,nota dan peta minda dengan menggunakan komputer.

5)Akhir sekali, guru boleh membawa para pelajar meneruskan sesi pembelajaran di bilik komputer, pembelajaran hari tersebut adalah dengan menggunakan komputer. Oleh itu, pelajar tidak akan merasa bosan.

Setakat itu sahaja, t.kasih.

FARHANI BT AHMAD PAUZI-A127247

jayyidah89 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
SYAZA MOHD SABRI berkata...

5 saranan bagaimana guru PIPAQ dan PIBA boleh menggunakan ICT bagi meningkatkan tahap kefahaman dan menjadikan P&P Pendidikan Islam lebih menarik perhatian pelajar:

1. menggunakan video seperti menayangkan video berkaitan solat supaya pelajar mudah faham dan pembelajaran lebih berkesan

2. mendedah kepada pelajar laman-laman web yang berkaitan agama supaya mereka selalu melayari dan membaca input-input yang terdapat di dalamnya

3. menggunakan kaedah chatting dengan guru semasa di rumah untuk bertanya sebarang kemusykilan samada melalui yahoo messenger ataupun facebook dan sebagainya

4. guru menggunakan powerpoint semasa proses pembelajaran supaya masa dapat dijimatkan dan murid tidak cepat bosan.

5. memperkenalkan kepada para pelajar perisian-perisian yang boleh digunakan mereka semasa menyiapkan tugasan dan nota-nota dan menggalakkan mereka untuk mengexplore perisian tersebut

SYAZA MOHD SABRI
A127226

raudhatul sakinah berkata...

assalamualaikum..
5 saranan aini bagaimana guru PIPAQ dan PIBA boleh menggunakan ICT bagi meningkatkan tahap kefahaman dan menjadikan P&P Pendidikan Islam lebih menarik perhatian pelajar:-
1) guru2 boleh menunjukkan video kepada pelajar sebagai bahan tambahan untuk memahamkan pelajar.
2)guru2 menggunakan p.point bagi menukar cara P&P dalam bilik darjah, untuk menarik minat pelajar belajar bersama-sama
3)guru-guru boleh mencari bahan tambahan diinternet bagi satu-satu nisu yang berkaitan dengan tajuk pendidikan islam.
4) berinteraksi dengan pelajar dengan online. kerana hal ini memudahkan pelajar menambah kefahaman mereka lagi.
5)guru-guru oerlu menggalakan pelajar menyiapakan tugasan berasaskan teknologi.

itu saja dari aini...
syukran
selamat hari raya:-)

miftahul jannah berkata...

saranan bagaimana guru PIPAQ dan PIBA boleh menggunakan ICT bagi meningkatkan tahap kefahaman dan menjadikan P&P Pendidikan Islam lebih menarik perhatian pelajar:
1.menayangkan video-video yang berkaitan hasil pembelajaran mereka supaya pelajar-pelajar ini lebih memahami apa yang telah mereka pelajari.
2.menggunakan slide powerpoint semasa mengajar supaya bentuk pengajaran dapat dipelbagaikan.
3.boleh mengadakan interaksi online dengan pelajar.
4.boleh memberikan pendedahan kepada pelajar untuk mencari bahan di internet dalam p&P.
5.memberikan latihan kepada pelajar melalui sumber internet

siti aisyah bt abu bakar
A127745

Tuan Siti berkata...

Assalamualaikum..
antara saranan untuk meningkatkan tahap kefahaman guru PIPAQ dalam menggunaan ict adlah
1.guru2 boleh mempelbagaikan kaedah pengajarannya dgn menayangkan sesuatu video yang berkaitan topik pembelajaran seharian agar pelajar memahami dengan lebih jelas
2.guru juga perlu melayari laman web untuk mengetahui pelbagai maklumat
3.guru pembahagikan kumpulan kepada pelajar untuk mencari maklumat di dalam internet
5.menggunakan p.point yang sesuai dengan topik p&p supaya pelajar tidak bosan dan jemu
sekian,
tuan siti nooryani bt tuan fauzi (A129699)

Atika Aula (^_____^) berkata...

Salam..

5 cara guru PI menggunakan ICT bagi meningkatkan dan menjadikan P&P lebih menarik minat pelajar ialah;

1. Guru PI boleh menggunakan CD dalam subjek Tilawah Al-Quran.

2. Menggunakan video sewaktu mengajar Haji dan Umrah.

3. Guru menggunakan power point.

4. Membuat latih tubi, tutorial, simulasi di dalam komputer.

5. Menggunkan realia atau objek sebenar dalam P&P.

Wassalam..

Nurul Atika Binti Ahmadiah
A126813

Ainaa'ul Mardhiyah berkata...

Assalamualaikum..

5 saranan saya untuk isu ini ialah :

1)Guru boleh meminta pelajar berlakon dan membuat 1 video tentang lakonan mereka untuk sesuatu topik.Contohnya untuk topik akhlak Islamiyah.

2)Guru perlu bijak untuk menyesuaikan penggunaan media pengajaran atau teknologi komputer yang sesuai untuk sesuatu tajuk atau topik.

3)Guru juga boleh membuat satu blog khusus untuk subjek Pendidikan Islam. Di mana dalam blog tersebut pelajar boleh mengutarakan pendapat atau bertanyakan soalan-soalan yang tidak difahamiserta berkongsi info-info mengenai subjek.

4)Guru juga boleh meminta pelajar menggunakan komputer untuk membuat nota dan latihan.

5)Guru juga boleh menayangkan video-video yang berkaitan dengan topik yang diajarkannya untuk menarik minat pelajar.

sekian,terima kasih.

NUR FARIDHA ADRINE AZIZ A127301

jayyidah89 berkata...

Assalamualaikum w.b.t.
guru PIPAQ PIBA boleh menggunakan ICT dalam meningkatkan kefahaman para pelajar dengan :

1.set induksi P & P boleh dimulakan dengan persembahan multimedia atau teknologi yang lain.

2. contoh dan realiti video kehidupan dapat dikaitkan dengan tajuk yang diajar.

3. pelajar lebih memahami tajuk dengan tayangan gambar atau video.

4. malah mereka akan memberi respon apabila mereka faham penerangan guru.

5. mereka tidak mudah mengantuk dan bosan.

WAN NURUL JAYYIDAH BINTI SULAIMAN
A126879

orkid ungu berkata...

Assalamualaikum..

1) Guru menayangkan video-video menarik semasa induksi set

2) Meminta pelajar untuk memberi kesimpulan dan ulasan terhadap tayangan tersebut.

3) Meminta pelajar mencari bahan pembelajaran di dalam internet

4) behubung dengan pelajar selepas waktu pemblajaran dengan menggunakan laman sembang yang terkini.

5) membimbing pelajar kepada laman web ilmiah.

Mazawani murad A130022

perindu ILAHI berkata...

5 saranan dengan penggunaan ICT agar proses p&p Pendidikan Islam lbih mnrik...
1)Guru PIBA/PIPAQ boleh mengaitkan kecanggihan ICT dengan kebesaran Allah agar dapat membuka minda pelajar bahawa semuanya adalah daripada Allah.
2)Guru juga boleh meminta pelajar mencari maklumat-maklumat daripada internet yang berkaitan dengan pendidikan Islam.
3)Selain itu, guru juga boleh menggunakan p.p0int,lcd,video dan bahan media yang lain dlm proses p&p di samping melatih pelajar menggunakannya.
4)Guru juga boleh membuat yahoo group,kerana dengan cara ini guru boleh membuat perbincangan melalui internet walaupun ketika berada di rumah.
5)Akhir sekali,guru juga perlu kreatif dalam menggunakan kecanggihan ICT dan bersesuian penggunaannya dengan tahap pemikiran pelajar.
minni NORAFZAN BINTI NORASLAM
(A129709)