Sabtu, 22 Oktober 2011

Jalan ke syurga masih terbuka luas~~

Amalan yang boleh membawa seseorang itu ke syurga, insya-Allah:

1. Lakukan 12 rakaat solat sunat sebelum atau sesudah solat fardhu iaitu 2 sebelum Subuh, 4 sebelum Zuhur dan 2 selepasnya, 2 selepas Maghrib dan 2 selepas Isyak. Faedahnya Allah SWT akan membina baginya mahligai dalam syurga. Ia berdasarkan hadith baginda yang bermaksud " Sesiapa yang dapat melakukan 12 rakaat solat sunat secara sukarela, maka dibina baginya mahligai dalam syurga."
- (Hadith Riwayat Imam Muslim)

2. Dua rakaat pada waktu malam faedahnya: Doanya terkabul, dosanya diampunkan Allah, hajatnya diperkenankan. Dalilnya seperti yang ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w : "Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia setiap malam (lebih-lebih lagi sepertiga malam) hingga Dia berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku pasti Aku perkenankan, sesiapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku berikan kepadanya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku ampunkan dosanya."
- (Hadith riwayat Imam Bukhari )

3. Lakukan 2, 4, atau 8 rakaat solat Dhuha. Faedahnya: Seolah-olah seseorang itu bersedekah setiap urat-urat jemarinya. Dalilnya seperti yang disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Berpagi-pagi seseorang daripada kamu setiap tulang empat keratnya adalah sedekah, setiap tasbihnya adalah sedekah, setiap puji-pujiannya adalah sedekah, setiap ucapan Lailaha illallah adalah sedekah, setiap takbirnya adalah sedekah, Amar makruf yang dilakukan adalah sedekah, Nahi mungkarnya adalah sedekah, dia akan diganjari pahala dengan hal yang demikian, termasuklah dua rakaat dilakukan pada waktu Dhuha."
- (Riwayat Imam Bukhari )

4.Membaca surah al-Mulk. Faedahnya: Dapat selamatkan pembacanya daripada azab kubur. Dalilnya baginda s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam al-Quran yang mengandungi 30 ayat, ia mampu memberi syafaat kepada pembacanya dan akan diampunkan dosanya, iaitu surah Tabarakkallazi Biyadihil Mulk."
- (Riwayat hadith Imam Ahmaddan at-Tirmizi dengan derajat hadith Hasan)

5. Memperbanyakkan ucapan La Ilaha Illallah Wahdah, La Syarikalah, Lahul Mulku walahul Hamd, Wahuwa 'Ala Kulli Syaiin Qadir pada setiap hari 100 kali, maka baginya pembebasan 10 orang hamba, mendapat 100 pahala, dihapuskan 100 dosa dan menjadi bentengan daripada kejahatan syaitan dari pagi sampai petang."
- (Hadith riwayat Imam Muslim )

6. Berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Faedahnya: Terlepas daripada menjadi golongan bakhil/ kedekut. Dallilnya seperti yang disabdakan baginda s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat."
- (Hadith riwayat Imam Muslim).

Sabdanya lagi: "Orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ke atasku ketika disebut namaku."
- (Hadith riwayat Imam at-Tirmizi dengan kedudukan hadith Hsan Gharib Sohih )

7. Mengucapkan Tasbih: "Subhanallahi Wa Bihamdihi, Subhanallahil 'Azim" 100 kali. Faedahnya: Ditanamkan baginya sebuah pohon kurma dalam syurga. Dalilnya, Nabi bersabda: "Sesiapa yang berkata Subhanallahi Wa Bihamdihi, Subahanallhil 'Azim 100 kali, akan ditanamkan baginya sebuah kurma dalam syurga."
- (Hadith riwayat Imam at-Tirmizi dan beliau berkata; Hadith ini Hasan Gharib )

8. Dengan banyak beristighfar iaitu mengucap "Astaghfirullah" 100 kali. Faedahnya Allah SWT akan menghilangkan segala kesulitannya serta melapangkan rezekinya. Dalilnya seperti yang disabdakan baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang membiasakan dirinya dengan Istighfar/Astaghfirullah (100 kali), maka Allah SWT akan jadikan baginya jalan keluar daripada segenap kesempitan (hidup), kesusahannya akan dipermudahkan Allah SWT serta rezekinya akan diperolehi daripada bahan yang tidak disangka-sangka."
- (Hadith riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim dengan kedudukan Hadith yang Sohih)

Author: ustazzain@harakah.net.my

Selasa, 31 Mei 2011

Cara Untuk Tenangkan Hati


1. Tarik nafas, tenangkan hati
2. Ambil Wudhu’
3. Banyakkan Istighfar, dan banyakkan berdoa
4. Dengan penuh khusyuk, baca Al Quran
5. Elakkan dari berfikir perkara-perkara lain
6. Hilangkan segala resah
7. Pautkan hati pada kesabaran kerana dengan kesabaran jiwa akan kurang tertekan
8. Qiamulaill- kerana waktu itu hanya kita berbicara dengan Allah dalan suasana hening dan terdamai.bRasulullah s.a.w. merupakan qudwatun hasanah dalam cara-cara menghilangkan stres. Baginda senantiasa melaksanakan Qiamulail
9. Siap siaga untuk berubah. Jangan jadikan stres itu penghalang untuk kita dekatkan diri kita padaNya.

~carilah ketenangan hakiki~

Sabtu, 19 Februari 2011

~ Pray for them ~~

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tuhan menjamin bahawa orang yang berjihad pada jalan Allah, jika ia keluar (bDari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tuhan menjamin bahawa orang yang berjihad pada jalan Allah, jika ia keluar (berjihad), semata-mata berjihad untuk jalan (agama) Allah dan kerana membenarkan perintahNya, Tuhan akan memasukkannya ke dalam syurga, atau mengembalikannya ke tempat kediamannya semula dengan mendapat pahala dan rampasan".



Ahad, 2 Januari 2011

KISAH POKOK EPAL

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar.
Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar
pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik
serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat
lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut
begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai
budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang
remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di
sekitar pokok epal tersebut.

Namun begitu, suatu hari dia datang
kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan
engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah
budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang
ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat
membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu
dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal
itu merasa sedih.

Masa berlalu...
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal
itu merasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk
mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat
perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak
itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai  rumah. Tetapi kau boleh memotong
dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. "
Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok
epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang
gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak
kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah
usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang
pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau.
Aku sudah memberikan buahku untuk  kau jual, dahanku untuk kau buat
rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan
akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk
memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk
memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk
belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua
itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan
berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.



CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR 
TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK 
EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA 
KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA 
KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK 
MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI 
MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN 
BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA 
ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN 
TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL 
ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAKANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA 
MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. 
SEMOGA CERITA INI MEMBERIKAN  KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA 
REMAJA KINI