Ahad, 26 September 2010

GE 2153: 10 VIDEO BERKAITAN PENDIDIKAN ISLAM



Video ini menceritakan tentang saat nyawa dicabut dari badan ketika pemain bola sepak ini sedang bermain di padang. Keadaan ini menunjukkan jika masa seseorang itu sudah sampai, masanya akan di tarik tidak kira masa, tempat .


Video ini menunjukkan bencana yang menimpa ketika mereka sedang leka memuaskan hawa nafsu dengan melakukan perkara yang tidak elok seperti menari dan percampuran lelaki dan perempuan dengan bebasnya. Bencana yang menimpa mereka ialah, tanah  mendap telah berlaku pada lantai pusat hiburan tersebut.


Video ini menunjukkan tentang pengkaji Barat. Mereka menjumpa bukti yang menunjukkan bahawa terdapat sungai di dalam laut. Keadaan ini menunjukkan bahawa Allah Maha Kuasa. SubhanAllah.

Video ini menunjukkan tentang kematian seorang muslim ketika beliau selesai menunaikan solat. Beliau meninggal dunia di dalam masjid tanpa disedari oleh muslimin yang lain.

 Video ini menunjukkan hukuman hudud yang dikenakan terhadap orang yang melakukan zina. Pesalah ini dihukum rejam sampai mati.

Video ini memaparkan tentang seorang kanak-kanak yang mampu membaca Al-Fatihah dengan baik, fasih dan lancar. Alhamdulillah, kanak-kanak ini telah di didik oleh ibu bapanya dengan baik.





Video ini menunjukkan cara untuk bertayamum bagi menunaikan solat ketika ketiadaan air. Tayyamum ialah pengganti kepada air ketika ketiadaan air untuk berwuduk.

Video ini memaparkan tentang cara berwuduk. Video ini sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana berasaskan kartun. Kanak-kanak akan lebih tertarik dengan kartun dan ini akan memudahkan kanak-kanak untuk memahami isis kandungan yang cuba di sampaikan.

Video ini menunjukkan tentang kebesaran Allah kerana apabila kalimah '' Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah dilaungkan, masjid ini mengeluarkan cahaya yang sangat luar biasa terangnya.

 Video ini memaparkan tentang kekuasaan Allah kerana  walaupun dalam satu lautan air sungai dan laut tidak bercampur.Subhanallah.......

Tiada ulasan: