Ahad, 7 November 2010

Sahabat....~~

Manusia yang kerugian ialah manusia yang tidak memiliki sahabat. Dan yang lebih merugikan adalah orang yang kehilangan sahabat. Sahabat ini berbeza dengan rakan atau kawan.

Nak mencari seorang sahabat ini amatlah payah. Lebih payah daripada nak mencari pasangan hidup. Eh, eh, ye ke? Ini pada pendapat sayalah, tak tahulah orang lain. Sebab-sebabnya:

 Pasangan hidup melengkapi kita, tapi sahabat ini memberi kelengkapan kepada kita. Apa bezanya? Ada bezanya. Sebagai contoh, setiap pasangan hidup selalunya memiliki sifat-sifat yang berlawanan seperti seorang penyabar dan seorang lagi pemarah. Jadi pasangan hidup tersebut melengkapi kita macam Ying dan Yang. Berlainan dengan sahabat. Sifat-sifat yang ada semestinya sama. Minat sama. Perangai sama. Dan sifat-sifat ini melengkapkan kita menjadikan gabungan kedua-duanya lebih mantap dan power. Sebagai contoh, kedua-duanya minat membaca. Apabila bergabung kedua-duanya maka dunia buku mereka menjadi lebih luas dan lebih menarik. Itu pada pandangan sayalah.

Sahabat merupakan individu yang sentiasa ada di kala kita susah atau senang. Kawan semestinya tidak ada sifat-sifat sebegini.

Perasaan saling memerlukan. Saya rasa inilah sebenarnya orang yang digelar sahabat. Kita perlukannya dan dia perlukan kita. Apabila saling memerlukan, maka kita akan merasa bahagia bersamanya sebab kita tahu dia perlukan kita dan kita semestinya memerlukannya. Jadi untuk menjadi seorang sahabat yang baik dan mendapat seorang sahabat yang baik, kita perlu sentiasa pastikan keperluan bersama dapat dipenuhi oleh kedua-dua pihak. Macam Rasulullah S.A.W dan Saidina Abu Bakar. Rasulullah S.A.W perlukan seseorang untuk membenarkan ajarannya dan Saidina Abu Bakar memerlukan ajaran Rasulullah S.A.W yang benar.

 Ini sekaligus membantu saya menilai kembali sejauh manakah komitmen saya terhadap persahabatan dan dalam mencari sahabat. Perjuangan kita masih jauh, dan kita perlukan sahabat yang dekat dengan kita sewaktu jatuh bangunnya kita dalam perjuangan. Alangkah bahagianya jika saya menemui sahabat seperti itu dan menjadi sahabat sebegitu!

5 ulasan:

Siti Saadah berkata...

sedihnya..adah tkdop dlm gambar tu.hehe

FARHI PAUZI berkata...

adah..jgn sibukla..hehe

syahirah berkata...

Adah....x pe...x dak lama gambar...tp lam hati ada...cewah...hehe

Siti Saadah berkata...

hahaha..biarlah..hehe
cewah syirah..thanks..hehe

Siti Saadah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.